Tuesday 7 August 2012

PETUA-PETUA menurut ISLAM

Untuk kecantikan diri
 1.Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri dan cantik,cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk.Jangan dilap air wuduk pada anggota biarkannya kering sendiri. Ambil sejadah,solat,berzikir dan berdoa.
 2.Untuk menghilangkan stres,perbanyakkan pergerakan.Perbanyakkan solat.Ketika solat,kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dengan Allah SWT melalui zikir dan doa.
 3.Untuk pelembab,agar awet muda,gunakanlah senyuman.Tidak hanya di bibir tetapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci',"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii"(Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku,maka perindah pula akhlakku)
 4.Untuk mempunyai bibir yang cantik,bisikkan kalimat-kalimat Allah,tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,tidak menyombongkan diri atau takbur.
 5.Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang teratur dengan berouasa seminggu 2 kali,Isnin dan Khamis.Jika berkeupayaan,berpuasa seperti Nabi Daud A.S yakni selang satu hari.Makanlah makanan halal,perbanyak sayuran,buah-buahan dan air putih.

MENYUCIKAN HATI YG KOTOR
1.Dirikan solat
2.Selawst keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali
3.Solat taubat
4.Membaca Alquran
5.Bermaaf-maafan
6.Bisikan kpd diri perkara yg positif
7.Program minda/cuci minda
8.Berpuasa
9.Ingat tentang mati
10.Kekalkan berwuduk
11.Banyakkanlah bersedekah
12.Belanja org makan
13.Jaga makanan
14.Berkawan dengan ulama
15.Berpesan kpd org menjadi baik
16.Berkawan dgn orang miskin
17.M enjaga pancaindera

INFO anda sihat Fizikal&Mental

OTAK JADI TUA??
 Health Day News,melaporkan penyilidik dari British mendapati golongan usia pertengahan yang tidur kurang daripada 6 jam atau lebih 8 jam mungkin mengalami penurunan fungsi otak.Maknanya otak akan lebih cepat tua antara empat hingga enam tahun awal daripada usia kita yg sebenar! Bagi orang yg kurang tidur dan sangat suka tidur dalam jangka lama akan menyebabkan penghasilan hormon dan bahan kimia yang mendedahkan seseorang kepada risiko penyakit jantung,strok,tekanan darah tinggi,diabetes dan obesiti.

3 RAHSIA UNTUK MELINDUNGI TUBUH
 1.Makan keju "keras" kerana kajian mendapati mengambil 2 keping keju setiap hari mampu mengurangkan risiko kanser.Keju mengandungi menaquinone,bentuk istimewa vitamin K yg berupaya menghalang tumbesaran kanser.
 2.Bersenam selalu 40-60 minit setiap hari atau 5 hari seminggu.Jika rasa terlalu ketat,sasarkan 30 minit sebanyak 3 kali seminggu.
 3.Elak makan daging yang dipanggang dan digoreng (termasuk ikan).Memanggang dan menggoreng menghasilkan bahan kimia penyebab kanser.Tip untuk meminimumkan kesan tersebut, memerap atau memasak daging sebelum memanggangnya.

ROKOK MEROSAKKAN MATA
 Perokok mempunyai risiko tinggi untuk menghidap katarak lebih awal pada umur muda.Melalui pengalaman seorang penulis,ada pemuda semuda usia 34 tahun mengalami katarak pada kedua-dua matanya. Apabila disiasat,beliau mengakuimenjadi perokok tegar yang menghisap 20 batang rokok sehari sejak berusia 16 tahun. Berdasarkan penyilidikan Universiti Harvard,merokok terbukti antara faktor risiko utama yg menyumbang kepada pembentukan katarak. K ajian menunjukkan rokok "membantu" membentuk katarak dalam dua cara.Pertama, radikal bebas dalam asap rokok menyerang mata secara terus dan berpotensi merosakkan protein dan membran sel pada kanta mata.